Monday, February 28, 2011

Semua pelajar-pelajar

Ketika sedang menonton televisyen  di rumah iaitu untuk rancangan Bicara Siswa di tv1 saya sempat mengenal pasti kesalahan yang ditutrkan oleh pengacaranya pada ketika itu. Antara kesalahan yang dilakukan oleh pengacara rancangan Bicara Siswa tersebut ialah :
                Semua pelajar-pelajar  di kebanyakan IPTA …………………
Kesalahannya yang saya dapat kesan di sini ialah perkataan semua pelajar-pelajar. Ayat ini menunjukkan unsur lewah. Ini kerana perkataan semua pada awalnya telah menunjukkan bilangan yang  banyak dan perkataan pelajar-pelajar juga telah menunjukkan bilangan yang banyak. Jika hendak menggunakan ayat yang betul salah satu daripada perkataan tersebut haruslah disingkirkan. Pembetulannya adalah seperti berikut:
                Semua pelajar IPTA  atau Pelajar-pelajar IPTA

               

Amalan Berterima kasih

Amalan berterima kasih adalah satu amalan yang mulia. Amalan berterima kasih  ini selalu saya dan pelajar-pelajar UPSI yang lain lakukan setiap kali menaiki bas untuk ke dewan kuliah.  Saya sendiri tidak pernah lupa untuk berterima kasih kepada pemandu bas yang selalu membawa saya untuk ke dewan kulian. Saya sangat berterima kasih kepada pemandu-pemandu bas ini kerana tanpa mereka saya tidak dapat sampai ke dewan kuliah kerana saya tidak mempunyai pengangkutan lain  selain menaiki bas sahaja untuk ke dewan kuliah: Contohnya dapat dilihat melalui situasi berikut yang saya lihat melalui pelajar yang lain.
Pelajar A              :  Terima kasih pak cik
Pemandu bas    :  Sama-sama
Pelajar B              : Terima kasih ya
Pemandu bas    : Sama-sama

Rumusannya di sini kita janganlah terlalu sombong dan malas untuk berterima kasih kepada orang yang telah banyak membantu kita.

Sarapan pagi

Ketika menunggu  seorang rakan untuk makan di kantin dewan kuliah Proton City saya dan rakan-rakan yang lain sempat berbual-bual sementara menunggu rakan  yang seorang lagi tiba dan ketika sedang berbual-bual itu salah seorang rakan saya terpandang makanan yang terhidang di atas meja makan dan rakan saya itu berkata “ mak ai ikan bilis pa la besaq penyepak”  apabila terpandang ikan bilis yang agak besar saiznya berbanding ikan bilis yang selalu dijumpai dan ikan bilis tersebut  diambil bersama nasi lemak . Ayat yang digunakan iaitu “ikan bilis besar penyepak” adalah untuk menunjukkan bahawa saiz ikan bilis tersebut agak besar berbanding kebiasaannya.

Monday, February 14, 2011

Kata-kata kesat

Apabila kita sedang marah terhadap seseorang itu pelbagai perkataan dan gelaran yang tidak diduga akan terkeluar dari pertuturan seseorang. Contohnya seorang rakan saya sedang marah kepada seseorang yang selalu menyusahkan hidupnya. Antara bicaranya yang sempat saya dengar adalah seperti berikut:
Aku benci betul la dengan orang tua tu (merujuk kepada seseorang yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi) tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang. Awat dia fikir dia tu pandai senang-senang ja dia nak arah-arah orang. Bodoh betul la orang tua tu. Dah tu semua kerja dia kita lak nak kena buat.
Itulah jadinya jika kemarahan menyelubungi diri kita kerana dalam keadaan marah kita sudah tidak boleh berfikir secara rasional dengan menggunakan kata-kata yang lembut. Namun dalam apa jua keadaan sekalipun kita haruslah menjaga tutur kata kita.



Loghat daerah

Loghat daerah adalah lambang identiti bagi penduduk sesuatu daerah. Apabila balik kampung pelbagai loghat daerah dapat didengari. Walaupun berada dalam negeri yang sama iaitu negeri Kedah, loghat yang digunakan adalah berlainan mengikut daerah masing-masing contohnya perbezaan loghat bagi daerah Pendang dan Padang Terap. Walaupun jarak perjalanan antara dua daerah ini hanyalah 30 minit sahaja tetapi loghatnya tetap tidak sama. Semasa berkunjung ke rumah kawan saya di Padang Terap saya sempat mendengar perbuan kawan saya itu bersama-sama tiga orang rakannya yang lain dan ada diantara  perkataan yang digunakan oleh mereka saya sendiri tidak memahaminya. Contohnya seperti:
Daerah Padang Terap
Daerah Pendang
Bahasa Baku
Moha
Hampa
Kamu
Mu
Hang
Awak
Gi
Pi
Pergi
Bilik a
Bilik ayaq
Bilik air
Tokse
Tak mau
Tidak mahu
Butir 
Sebijik
Sebiji



Kata-kata sanjungan

Pada petang Sabtu yang lepas saya dan beberapa orang rakan yang lain pergi ke pasar malam Tanjong Malim untuk mencari sedikit makanan dan barang-barang keperluan yang lain. Semasa berjalan-jalan mencari makanan sayang ternampak seorang peminta sedekah dan saya turut menghulurkan sedikit sedekah untuknya. Peminta sedekah itu mungkin sangat menghargai pemberian saya itu dengan berkata:
                Terima kasih nak, terima kasih cu, terima kasih cik, terima kasih puan, semoga rezeki anak akan semakin bertambah selepas ini.
Selain itu, peminta sedekah itu juga sempat untuk mendoakan saya. Pak cik tersebut memanggil saya dengan beberapa gelaran dan ini mungkin kerana pak cik tersebut tidak mengetahui status sebenar saya. Di sini kita dapat lihat peminta sedekah juga kebanyakannya lebih sopan dan berbudi bahasa berbanding orang-orang yang kaya dan berada yang kebanyakannya sombong dan megah dengan kekayaan yang dimiliki.

Saturday, February 12, 2011

Maaf

Semasa saya dan beberapa orang rakan yang lain sedang makan di kafe Proton City ada la seorang pelajar duduk di meja sebelah kami padahal atas kerusi dekat meja tersebut terdapat beg beberapa orang pelajar yang terlebih dahulu menempah untuk duduk di meja tersebut dan mungkin pelajar itu tidak perasan. Kemudian pemilik-pemilik beg yang ada kat meja itu pun sampai dan dia berkata kepada pelajar yang ada dekat meja tersebut:
Pelajar A: mintak maaf awak ni tempat kami, kami dah letak beg dah tadi.
Pelajar B: oh ya ka, mintak maaf la saya tak perasan pulak. Maaf ye.
Pelajar A: ok tak apa

Di sini saya ingin menekankan bahawa jika kita melakukan kesalahan kita mestilah segera memohon maaf dan mungkin kesalahan yang kita lakukan itu tidak disedari oleh kita. Jika kesalahan kita itu ditegur oleh orang lain kita janganlah malu-malu untuk memohon maaf.