Saturday, March 12, 2011

Mangkuk

Ketika sedang menunggu bas untuk pulang ke kolej kediaman saya terdengar tiga orang pelajar sedang berbual-bual. Bukan niat mahu menjaga tepi kain orang tetapi saya terdengar kerana mereka bertiga ini berada agak dekat dengan tempat saya berdiri. Saya dengar pelajar-pelajar ini sedang mengata atau mengutuk seseorang dengan kata-kata yang agak kesat. Antara perbualan mereka yang sempat saya dengar adalah seperti berikut:
Pelajar 1: korang tau tak si mangkuk hayun tu tak datang pun discasion semalam.
Pelajar 2: habis tu bahagian dia siapa yang siapkan.
Pelajar 1: dah sah-sah la aku yang kena siapkan. Mangkuk hayun betul la minah tu. Geram aku.

Disini saya melihat pelajar itu berada dalam keadaan agak marah dan sebab itu jugalah pelajar  1 ini menggelarkan rakannya yang tidak hadir dalam perbincangan kumpulan tersebut sebagai mangkuk  hayun. Tetapi gelaran sebegitu tidak wajar diberikan kepada orang sesuka hati kerana pelajar yang dimarahi  tersebut juga turut mempunyai namanya sendiri. Mengapa tidak memanggil sahaja nama sebenarnya.

No comments:

Post a Comment