Monday, March 14, 2011

Berbudi Bahasa Budaya Kita

Sopan santun dan berbudi bahasa adalah digalakkan kepada semua rakyat terutamanya masyarakat berbangsa Melayu untuk menunjukkan kelebihan bnagsa itu sendiri. Kita mestilah mengamalkan sikap bersopan santun dan hormat menghormati kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita akan mudah disanjungi oleh orang lain jika kita mengamalkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa ini. Pada suatu petang saya pergi ke pekan Tanjong Malim untuk membeli sedikit barang. Semasa menunggu bas saya didatangi oleh dua orang perempuan berketurunan Cina. Mereka bertanyakan kepada saya mana letaknya Balai Polis Tanjong Malim. Antara dialog yang digunakan adalah seperti berikut:
Perempuan 1: minta maaf cik, nak tumpang tanya boleh.
Rakan saya: iye cik boleh je, nak tanya apa?
Perempuan1: kami nak tau balai polis Tanjong Malim dekat mana.
Saya: o senang ja(sambil memberitahu kedudukan balai polis Tanjong Malim).
Perempuan 2: terima kasih ye cik.
Saya dan rakan: sama-sama

Melalui dialog di atas kita dapat lihat bahawa dua orang perempuan berketurunan Cina tersebut amat bersopan santun ketika hendak bertanyakan sesuatu kepada saya dan rakan saya, kami juga turut menjawab soalan yang diajukan oleh dua orang perempuan Cina tersebut dengan sopan santun. Melalui situasi ini kita dapat lihat bahawa sekiranya kita bersopan santun dan berbudi bahasa walaupun untuk bertanyakan sesuatu pasti kita akan menerima jawapan yang agak memuaskan dan orang lain juga akan mudah menghormati kita jika kita terlebih dahulu menghormati orang lain.

No comments:

Post a Comment