Saturday, March 12, 2011

Lirik lagu

Lirik lagu mai cek mai

mai cek oi mai cek mai
kita ke negeqhi Kedah
mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah c/0

naik kapai teqhebang
tuqhun kepala batayh
makan toksah bimbang
kami banyak beqhayh

ikut lebuhqhaya
teqhuih ke Kayu Hitam
jaga cek oi jaga
qheta meneqhu-neqhang
qheta meneqhu-meneqhang

mengkala mai kedah
singgah lah ke Pekan Qhabu
minum nira nipah
makan emping keqhabu

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

tengok sana sini
pembangunan seqhata negeqhi
ada mesin padi
ada kelang besi

melawak oqhang Kedah
jangan cepat teqhasa
toksah dok kesah
bekawan cepat meseqha 2x

ulangc/o

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu


Nyanyian lagu di atas adalah dalam loghat negeri kedah. Negara kita mempunyai banyak loghat yang menunjukkan identiti bagi penduduknya. Lagu ini juga mungkin menjadi kebangggaan rakyat negeri kedah kerana lagu ini memperjuangkan loghat negeri kedah. Setiap loghat negeri mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Terdapat banyak loghat negeri Kedah digunakan dalam lirik lagu ini seperti mai, qhumah, toksah, ayaq dan banyak lagi. Melaui lirik lagu ini juga kita dapat melihat banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah yang dipaparkan melalui lirik lagu ini seperti Pulau Langkawi, Pekan Rabu, Bukit Kayu Hitam dan banyak lagi.

1 comment:

  1. Hai, terima kasih kerana membuat pengenalan tentang lagu ini. Saya juga orang Kedah, saya ingin mendapat informasi yang lebih tentang lagu ini, bolehkah anda beri maklumat yang anda tahu tentang lagu ini.? 😊

    ReplyDelete