Monday, March 14, 2011

Sombong

Semasa dalam lif untuk balik ke bilik saya mendengar dua orang pelajar di belakang saya sedang mengata atau mengutuk seseorang. Ketika itu dalam lif tersebut terdapat 6 orang pelajar termasuklah saya. Antara dialog yang sempat saya dengar adalah seperti berikut:
Pelajar 1: ko tau tak minah (bukan nama sebenar) tu asyik pakai baju yang sama ja tiap-tiap minggu. Tak malu kat orang ka, dah la selekeh ja aku tengok.
Pelajar 2: aish ko ni jangat la nak kata orang macam tu, macam la ko tu bagus sangat.

Disini saya dapat lihat bahawa pelajar 1 tersebut terlalu merendah-randahkan orang lain. Pelajar tersebut juga tidak wajar untuk mengata atau mengutuk orang lain di dalam lif kerana di dalam lif itu juga terdapat orang lain yang mendengar perbualan mereka itu. Perkara seperti ini tidak wajar diamalkan oleh orang lain.


No comments:

Post a Comment