Monday, March 14, 2011

Jenama

Semasa membeli barang di sebuah  kedai runcit di hadapan kampus saya mendengar seorang pelanggan di kedai tersebut bertanyakan kepada pekedai tersebut. Pelajar tersebut bertanya sama ada maggi jenama mi sedap ada ataupun tidak. Kemudian pekedai tersebut menjawab bahawa magge itu juga merujuk kepada jenama. Jenama maggi atau mi sedap itu sebenarnya adalah tergolong dalam golongan mi segera. Antara jenama mi segera yang lain adalah seperti Cinta dan Pama. Kebanyakan masyarakat hari ini selalu tersalah anggap antara benda ataupun jenama kerana perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan kesalahan yang dilakukan juga jarang ditegur oleh orang lain. Oleh itu, mereka menganggap bahawa benda yang mereka sebutkan itu adalah betul. Benda lain yang selalu menggunakan jenama untuk merujuk sesuatu benda adalah seperti colgate untuk merujuk kepada ubat gigi, tapawer untuk merujuk kepada bekas plastik, dan lain-lain lagi.  Disini juga kita dapat melihat bahawa banyak lagi masyarakat kita yang tidak mengetahui hal-hal seperti ini dengan tidak dapat membezakan jenis barang dengan jenama barang tersebut. Golongan pelajar juga tidak terkecuali melakukan kesilapan seperti ini.


No comments:

Post a Comment