Wednesday, March 16, 2011

Lagu

Lagu Kempen Membaca
Membaca Gaya Wawasan

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas
Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca
Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!
Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let's reach out, open up your mind
Let's make reading, a lifestyle of Wawasan

Jika dilihat melalui lirik lagu di atas terdapat percampuran bahasa dalam lagu ini iaitu penggunaan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris. Pencampuran bahasa ataupun bahasa rojak ini bukan sahaja terjadi dalam pertuturan dan penulisan tetapi dalam lirik lagu juga terdapat pencampuran bahasa. Di sini kita dapat lihat bahawa bahasa Inggeris tidak lagi dapat dipisahkan dengan masyarakan kita kerana bahasa Inggeris sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua. Melalui lirik lagu ini juga kita dapat melihat banyak juga perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang digunakan di rangkap terakhir lirik lagu ini. Mengapa lirik lagu kempen membaca ini tidak menggunakan bahasa Melayu secara keseluruhannya dan kenapa perlu menyelitkan bahasa Inggeris di rangkap terakhir lagu ini? Perkara seperti ini juga akan mencemarkan bahasa Melayu kita kerana bahasa Melayu kita sesuka hati sahaja dicampur dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment