Tuesday, February 1, 2011

Sampah


Ketika menunggu ketibaan kereta api di stesen kereta api Tanjong Malim untuk pulang ke kampung sempena cuti pertengahan semester saya ternampak dan terdengar perbualan sekumpulan pelajar yang kebetulan berada agak dekat dengan saya. Antara perbualan dan perlakuan yang saya sempat lihat dan dengar adalah ketika pelajar-pelajar ini makan kuaci dan salah seorangnya membuang kulit kuaci itu di merata tempat dan bukan di tong sampah yang berada agak hampir dengannya pada ketika itu. Salah seorang rakannya pula menegur perbuatan pelajar tersebut. Antara perbualan mereka adalah seperti merikut:
Pelajar A: ko ni suka hati ja buang sampah merata-rata
Pelajar B: ala sini kan ada tukang cuci, kalau kita tak buat sampah nanti tukang cuci tu tak ada kerja pulak nak buat….

Kesimpulannya, kita janganlah selalu menyusahkan kerja orang lain dan kita juga perlulah menjaga kebersihan walaupun di mana jua kita berada, kerana perlakuan kita itu akan melambangkan sikap kita yang sebenarnya.

Menghargai tetamu

Semasa mengadakan satu program di Pondok Inabah Remaja 1 Malaysia, Kuala Nerang Kedah saya dan empat rakan saya yang lain dilayang terlalu istimewa sebagai tetamu oleh tuan rumah atau pemilik tempat tersebut sehinggakan untuk membasuh pinggan yang kami sendiri makan pun tuan rumah atau pemilik tempat itu tidak membenarkannya. Mereka menyediakan makanan, penginapan, serta memberikan kerjasama yang sangat baik bagi memudahkan kerja-kerja kami selama kami berada di sana. Sikap menghargai tetamu itu memang dapat dilihat di dalam diri setiap kakitangan yang berada di sana. Mereka juga tidak kekok untuk memberikan pertolongan jika kami memerlukannya. Kesimpulannya, kita haruslah menghargai tetamu dan melayan tetamu yang datang ke tempat kita dengan sebaik mungkin. Orang Melayu sendiri juga menggalakkan masyarakatnya mengharagai tetamu, begitu juga dengan bangsa lain.

Thursday, January 27, 2011

Mesra pengguna

Semasa berjalan-jalan di pekan bersama seorang rakan saya singgah la di sebuah kedai menjual pakaian ni, belum pun kami sampai depan pintu kedai tersebut jurujual yang bekerja kat kedai tersebut telah menyambut kami dengan senyuman yang sangat manis sambil berkata :
“ masuk la akak, tengok-tengok la dulu tak kena bayar pun, kalau berkenan boleh la ambik”.
Cara percakapannya amat lembut sekali memang sesuai la individu tersebut menjadi seorang jurujual. Sikapnya yang mesra pengguna itu mampu menarik pelanggan ke kedai tersebut, walaupun jika dilihat dari susuk tubuhnya nampaknya individu tersebut masih belasan tahun umurnya mungkin baru habis Sijil Pelajaran Malaysia.  Sikap jurujual ini patut dipuji kerana berbudi bahasa , amalan berbudi bahasa ini kan patut diamalkan oleh semua orang tanpa mengira pekerjaan ataupun tahap umur seseorang.

Walaupun hanya sekeping kertas


Pada suatu petang, saya dan rakan-rakan pergi ke Perpustakaan Tunku Bainun untuk mencari buku rujukan bagi menyiapkan tugasan, dalam perjalanan pulang saya ternampak satu poster yang menunjukkan penyediaan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti pertengahan semester yang akan datang. Dalam poster tersebut saya dapat mengenal pasti sedikit kecacatan yang sepatutnya dielakkan. Antaranya ialah:
                                uPc-tRg-uPc

Antara kesalahan yang patut dielakkan adalah seperti penggunaan huruf kecil dan huruf besar yang diletakkan secara sesuka hati tanpa memikirkan peraturan bahasa yang sebenarnya iaitu selalunya huruf besar hanya digunakan di pangkal atau di permulaan ayat atau untuk sesuatu perkataan. Perkataan uPc juga tidak sepatutnya dieja begitu kerana akronim untuk Universiti  Pendidikan Sultan Idris ialah UPSI tetapi uPc itu sendiri merujuk kepada apa pula?kesalahan-kesalahan seperti ini sepatutnya dielakkan.

Saturday, January 22, 2011

Bahasa campuran


Pada suatu petang tu ,iaitu semasa aku dalam perjalanan untuk ke dewan kuliah, aku dan seorang kawan aku ni berjalan lah di belakang tiga orang pelajar yang mungkin jugak dalam perjalanan untuk ke kelas. Sambil berjalan aku sempat la terdengar perbualan pelajar-pelajar yang berjalan di hadapan aku tu. Antara perbualan mereka adalah seperti berikut.

Pelajar A: ko balik bila?
Pelajar B : aku maybe balik lmbat sikit kot, coz aku nak settlekan dulu problem aku.

Di sini saya dapat melihat pelajar B tersebut menggunakan percampuran antara bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka. Sebaik-baiknya jika dalam perbualan tersebut jika mahu bercakap dalam bahasa Melayu sebaik-baiknya gunalah bahasa Melayu sepenuhnya dalam perbualan tersebut dan tidak perlulah bercampur dengan bahasa Inggeris.

Kesalahan Hukum DM


Semasa pembentangan di dalam kelas oleh satu kumpulan pelajar ini aku dan kawan-kawan aku sempat mendengar dan dapat menangkap kelasahan yang telah dilakukan oleh salah seorang daripada ahli kumpulan ini. Antara kesalahannya adalah seperti berikut
Pelajar tersebut menyebut kumpulan ahli untuk memperkenalkan ahli-ahli yang terdapat dalam kumpulannya.

Kesalahan pelajar tersebut adalah kerana pelajar tersebut menyebut kumpulan ahli yang sepatutnya adalah ahli kumpulan. Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar ini adalah kesalahan hukum DM. Sepatutnya perkataan ahli perlu berada di hadapan kerana perkataan ahli itu merupakan unsur yang hendak diterangkan, manakala perkataan kumpulan pula merujuk kepada unsur yang menerang kepada perkataan ahli tersebut.

Bahasa sindiran

Semasa aku dan kawan-kawan sedang berebut-rebut untuk menaiki bas dari kampus untuk pulang ke kolej berlakulah aksi tolak menolak di kalanagn pelajar. Aku pun terdengar la ada pelajar yang menggunakan bahasa sindiran untuk menengur pelajar-pelajar yang masing-masing saling berebut untuk menaiki bas. Ini adalah antara dialog tersebut:
                Woi apasal main tolak-tolak ni,
               alang-alang nak tolak tu tolak la kuat-kuat lagi baru best .
Di sini saya dapat lihat bahawa mungkin pelajar tersebut tidak suka akan keadaan tolak-menolak yang berlaku tersebut.  Untuk menyedarkan pelajar-pelajar yang lain supaya tidak menolak pelajar tersebut telah menggunakan bahasa sindiran yang mungkin dapat difahami oleh pelajar yang lain.