Tuesday, February 1, 2011

Bahasa sms atau sistem pesanan ringkas


Bahasa  yang digunakan oleh orang sekarang untuk menghantar sistem pesanan ringkas ataupun sms  sekarang adalah terlalu ringkas dan kadang kala susah untuk difahami, ini mungkin untuk menjimatkan masa untuk menulis sistem pesanan ringkas ataupun sudah menjadi kebiasaan. Buat remaja mungkin mereka mudah untuk memahami bahasa sms itu kerana mereka mungkin sudah biasa tetapi buat orang yang agak tua mereka mungkin kurang memahaminya kerana mereka agak kurang untuk menggunakan sistem pesanan ringkas untuk berhubung. Pada suatu hari kakak saya menerima satu pesanan ringkas atau sms dan yang dia sendiri tidak memahami perkataan-perkataan tertentu yang dihantar, lalu dia menunjukkan sms tersebut kepada saya dan saya terpaksalah menerangkan kepadanya. Setelah diterangkan maksud-maksud yang tidak difahami itu  barulah dia memahami maksud sms yang dihantar itu. Antara petikan sms itu berbunyi
                Ada x 6br fon….(nama seseorang)? Klu ada 6t tlng send kt owg jap k.
Kesimpulannya jika mahu menggunakan bahasa yang agak ringkas untuk menghantar sms perlulah lihat dahulu latar belakang orang yang akan menerima sms tersebut. Jika kepada orang yang sudah biasa dan memahami bahasa sms tersebut bolehlah menggunakan bahasa yang ringkas tersebut, tetapi seboleh-bolehnya gunalah bahasa yang betul walaupun hanya untuk menghantar sms ataupun sistem pesanan ringkas.

No comments:

Post a Comment