Saturday, January 22, 2011

Bahasa kasar

Pada suatu petang tu semasa aku menunggu lif untuk pergi ke kelas aku terdengar la dua orang pelajar ni bercakap-cakap tentang isu yang paling panas kat UPSI sekarang ni iaitu apa lagi kalau bukan isu duit pinjaman PTPTN lambat masuk. Berikut  adalah antara dialog yang mereka guna dalam perbualan mereka tu. Aku pun tumpang la sekaki dengar dah mereka berdiri dekat dengan aku kan…
Pelajar A              : bodoh betul la PTPTPU ni (merujuk kepada PTPTN) dah tahu awal-awal sem ni orang nak guna banyak duit boleh dia masuk lambat-lambat lak.
Pelajar B              : PTPTN ni bukan setakat bodoh , bengong , tolol semua ada la kt PTPTN ni. Geram tul la aku. Macam aku nak maki-maki ja PTPTN ni (dalam hati aku berfikir bukankah pelajar tu dah maki dah ka PTPTN tu dengan kata bodoh, bengong dan tolol tu)

Mungkin bagi pelajar tu , itulah salah satu caranya mereka dapat melepaskan geram terhadap pihak PTPTN dan mungkin mereka sangat-sangat memerlukan wang pinjaman PTPTN tu. Tapi jangan la mengata sampai boleh mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar oleh orang lain. Nanti apa orang luar cakap tentang keperibadian pelajar tersebut.

No comments:

Post a Comment