Thursday, February 10, 2011

Unsur lewah

Semasa menaiki kereta api untuk pulang ke Tanjung Malim saya sempat menangkap kesalahan yang dituturkan oleh dua orang penumpang di belakang saya. Saya mendengar mereka berbual-bual mengenai kerja. Antara dialog mereka yang saya dengar adalah seperti berikut:
            Penumpang A: kau  start mula kerja bila?
            Penumpang B : esok dah start dah
 Kesalahan yang saya dapat saya kesan di sini adalah penggunaan perkataan yang berbeza tetapi merujuk kepada maksud yang sama dengan menggunakan dua bahasa yang berbeza iaitu ‘start’ menggunakan bahasa Inggeris dan ‘mula’ menggunakan bahasa Melayu tetapi tetap merujuk kepada maksud yang sama. Di sini berlaku unsur  lewah dalam perbualan tersebut.

Monday, February 7, 2011

Bahasa untuk berkomunikasi

Kebanyakan orang-orang tua di kampung saya lebih selesa menggunakan bahasa siam(bahasa yang digunakan di bahagian selatan Thailand) untuk berbual-bual berbanding bahasa Melayu.  Semasa duduk berbual-bual bersama-sama beberapa orang jiran saya serta kedua ibu bapa saya, mereka banyak menggunakan bahasa siam berbanding menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Tetapi bagi ibu saya pula, dia hanya memahami apa yang dituturkan dalam bahasa siam tetapi untuk menuturkannya kembali agak sukar buat ibu saya. Oleh itu , ibu saya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur. Bahasa siam telah digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua di kampung saya untuk berkomunikasi sejak dahulu lagi dan ini telah menjadi kebiasaan buat golongan ini tetapi kebanyakan anak-anak muda di kampung saya pula hanya boleh memahaminya tetapi tidak dapat menuturkannya denagn lancar termasuklah diri saya sendiri.

Tolong- menolong

Pada cuti pertengahan semester yang lalu saya sempat keluar untuk bercuti bersama keluarga di Pantai Merdeka. Semasa berada di sana saya turut menaiki bot untuk ke Tanjong Dawai, semasa ingin menuruni bot tersebut terdapat seorang mak cik ini berketurunan India dan membawa banyak barang di tangannya. Di sebelahnya ada juga seorang pemuda berketurunan Melayu dan pemuda tersebut dengan cepat menghulurkan pertolongan kepada mak cik tersebut setelah melihat mak cik tersebut memerlukan pertolongan untuk menuruni bot dengan membawa banyak barang. Antara dialog yang sempat saya denagr ialah:
Pemuda Melayu: boleh saya tolong mak cik? Susah ni nak turun dengan barang-barang yang banyak ni. Tak apa mak cik turun dulu nanti saya bawakan barang-barang mak cik.
Mak cik : Terima kasih nak.


Kesimpulannya jika hendak menolong seseorang tidaklah perlu dipandang jantina mahupun keturunan. Kita perlulah menghulurkan pertolongan jika melihat ada orang yang sangat memerlukan pertolonag kita tanpa memandang situasi ataupun apa sahaja.


Kerjasama tidak memandang kepada latar belakang

Semasa mengadakan program di Pondok Inabah iaitu tempat pemulihan bagi penagih-penagih dadah saya dan kawan-kawan saya diberi peluang untuk temu-bual penagih-penagih dadah ini. Apa yang saya banggakan ialah walaupun mereka merupakan penagih-penagih dadah tetapi mereka tetap memberikan kerjasama yang amat memuaskan dan menjawab setiap soalan yang kami ajukan. Di sini saya ingin katakan bahawa latar belakang seseorang itu tidak bererti mereka tidak dapat memberikan kerjasama jika kita memerlukan pertolongan mereka. Tutur kata  dan bahasa yang mereka gunakan juga amat sopan walaupun latar belakang mereka agak buruk sebelum ini.

Tuesday, February 1, 2011

Perbualan telefon


Sekitar pukul 2.00 pagi di kolej kediaman saya dikejutkan dengan satu perbualan telefon yang agak kuat dan menggunakan bahasa yang agak kasar. Perbualannya itu mampu mengejutkan orang yang sedang tidur dan ini dianggap kurang sopan ditambah pula dengan menggunakan bahasa yang agak kasar. Bahasa yang digunakan oleh pelajar ini dianggap kurang sopan kerana agak kasar didengar. Antara perbualannya berbunyi:
                “ woi hang tak kenai aku ka
                Haram sungguh hang ni aku pun hang wat tak kenai boleh na

Perbualan yang saya dengar ini agak kasar bunyinya dan nada yang digunakan juga agak kuat sehingga orang sedang tidur pun dapat terjaga. sebagai seorang perempuan pelajar itu seharusnya mengawal sedikit nada suaranya dan bahasa yang digunakan. kerana bahasa itu melambangkan juga keperibadian kita.

Adab ketika makan




Pada suatu malam saya dan dua orang kawan saya keluar makan di sebuah kedai makan di depan kolej. Semasa sedang makan kami terdengar perbualan sekumpulan pelajar perempuan ni, mereka berbuag dengan suara yang agak kuat dan ketawa sesuka hati tampa mempedulikan orang-orangbyang ada di dalam kedai makan tersebut. Saya perhatikan semua orang yang ada di dalam kedai makan tersebut mengelengkan kepala takkala melihat telatah pelajar-pelajar perempuan ini yang dilihat agak kurang sopan ketika makan. Mereka pula tidak mempedulikan orang-orang sekeliling yang memberikan tumpuan kepada mereka. Kesimpulannya kita mestilah mengawal tingkah laku kita ketika makan ataupun berada di tempat awam seperti di kedai makan kerana setiap yang kita lakukan pasti akan menjadi tumpuan orang ramai.

Bahasa sms atau sistem pesanan ringkas


Bahasa  yang digunakan oleh orang sekarang untuk menghantar sistem pesanan ringkas ataupun sms  sekarang adalah terlalu ringkas dan kadang kala susah untuk difahami, ini mungkin untuk menjimatkan masa untuk menulis sistem pesanan ringkas ataupun sudah menjadi kebiasaan. Buat remaja mungkin mereka mudah untuk memahami bahasa sms itu kerana mereka mungkin sudah biasa tetapi buat orang yang agak tua mereka mungkin kurang memahaminya kerana mereka agak kurang untuk menggunakan sistem pesanan ringkas untuk berhubung. Pada suatu hari kakak saya menerima satu pesanan ringkas atau sms dan yang dia sendiri tidak memahami perkataan-perkataan tertentu yang dihantar, lalu dia menunjukkan sms tersebut kepada saya dan saya terpaksalah menerangkan kepadanya. Setelah diterangkan maksud-maksud yang tidak difahami itu  barulah dia memahami maksud sms yang dihantar itu. Antara petikan sms itu berbunyi
                Ada x 6br fon….(nama seseorang)? Klu ada 6t tlng send kt owg jap k.
Kesimpulannya jika mahu menggunakan bahasa yang agak ringkas untuk menghantar sms perlulah lihat dahulu latar belakang orang yang akan menerima sms tersebut. Jika kepada orang yang sudah biasa dan memahami bahasa sms tersebut bolehlah menggunakan bahasa yang ringkas tersebut, tetapi seboleh-bolehnya gunalah bahasa yang betul walaupun hanya untuk menghantar sms ataupun sistem pesanan ringkas.