Kebanyakan orang-orang tua di kampung saya lebih selesa menggunakan bahasa siam(bahasa yang digunakan di bahagian selatan Thailand) untuk berbual-bual berbanding bahasa Melayu. Semasa duduk berbual-bual bersama-sama beberapa orang jiran saya serta kedua ibu bapa saya, mereka banyak menggunakan bahasa siam berbanding menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi. Tetapi bagi ibu saya pula, dia hanya memahami apa yang dituturkan dalam bahasa siam tetapi untuk menuturkannya kembali agak sukar buat ibu saya. Oleh itu , ibu saya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu untuk bertutur. Bahasa siam telah digunakan oleh kebanyakan orang-orang tua di kampung saya untuk berkomunikasi sejak dahulu lagi dan ini telah menjadi kebiasaan buat golongan ini tetapi kebanyakan anak-anak muda di kampung saya pula hanya boleh memahaminya tetapi tidak dapat menuturkannya denagn lancar termasuklah diri saya sendiri.
No comments:
Post a Comment