Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan individu sekarang untuk mencampurkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertuturan harian kerana perkara tersebut telah dianggap tidak bermasalah dan menjadi perkara biasa tanpa memikirkan tindakan tersebut sebenarnya menjatuhkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara kita dan perkara ini juga boleh dianggap sebagai kecurangan bahasa. Contohnya semasa berada di dalam kelas Semantik dan Pragmatik saya mendengar satu perbentangan kumpulan. Melalui perbentangan tersebut ada sahaja penggunaan bahasa Inggers yang digunakan walaupun perbentangan tersebut mengenai subjek bahasa Melayu iaitu Semantik dan Pragmatik. Contoh perkataan bahasa Inggeris yang saya dengar melalui perbentangan kumpulan tersebut adalah seperti
So
So
Next
Wait
Itu adalah sebahagiannya sahaja, jika diikutkan banyak lagi bahasa Inggeris yang selalu digunakan dalam pertuturan harian. Jika perkara ini berlarutan tidak mungkin pada suatu hari nanti bahasa Melayu tidak lagi dapat berkembang.
No comments:
Post a Comment