Saturday, March 12, 2011

Dialek Kedah

Setiap negeri selalunya mempunyai bahasa atau dialeknya yang tersendiri, contohnya dialek yang digunakan oleh negeri-negeri sebelah utara iaitu kedah. Tetapi terdapat juga kekangan untuk menggunakan dialek negeri kita sendiri apabila kita menetap atau berhijrah ke negeri lain seperti Perak. Ini kerana mungkin orang negeri Kedah sahaja dapat memahami loghat negeri Kedah. Contohnya penduduk negeri Selangor  mungkin tidak memahami sesetengah perkataan yang dituturkaan dalam loghat negeri Kedah. Ini berlaku kepada saya sendiri. Contohnya boleh dilihat dalan situasi berikut apabila saya hendak makan di kolej kediaman:
Saya : adik tolong ambik toyu sat.
Rakan serumah: hah toyo, apa tu akak?
Saya: toyu tu maksudnya kicap la.
Rakan serumah: o kicap ka, kn senang kalau cakap kicap dari awal.
Saya : akak lupa la kata adik bukan orang Kedah macam akak.

Dalam situasi ini kita dapat lihat bahasa tidak semua perkataan dalam loghat negeri kita dapat difahami oleh penduduk negeri lain. Oleh itu, kita perlulah mengenali terlebih dahulu latar belakang dan dari mana orang yang kita bercakap itu datang.


Lapaq gila

Setiap kali habis kelas pukul 10.00 pagi saya dan empat rakan saya yang lain selalunya akan bersarapan di kantin yang terdapat di bilik kuliah Protn City. Pada hari Isnin yang lalu semasa berada dalam kelas rakan saya memberitahu kepada saya bahawa dia sangat lapar. Antara dialog yang kami gunakan ialah:

Rakan : weh lambat lagi la kelas ni nak habis, aku dah lapaq gila dah ni.
Saya : ala sabar-sabar la tak lambat da kelas nak habis.

Kalau kita perasan melaui dialog di atas, rakan saya menggunakan perkataan lapaq gila untuk memberitahu bahawa rakan saya itu sangat lapar. Perkataan gila di situ bukan merujuk kepada orang yang  tidak sioman tetapi sebagai unsur penegas untuk memberitahu bahawa dirinya sangat-sangat lapar, tetapi bagi mereka yang tidak faham pula mereka mungkin memikirkan perkara lain. Perkataan seperti ini janganlah selalu kita gunakan kerana mungkin orang lain akan tersalah tafsir apa yang kita katakan itu, tetapi pada situasi di atas mujurlah saya memahami maksud yang hendak disampaikan oleh rakan saya itu kerana kami selalu menggunakan perkataan gila itu sebagai unsur penegas atau untuk memberitahu sesuatu yang teramat sangat ataupun untuk menunjukkan darjah penghabisan. Ayat lain yang selalu digunakan juga adalah seperti perkataan  penat gila, susah gila dan bermacam lagi. Perkataan lapaq gila itu sepatutnya diganti dengan perkataan lain seperti sangat lapar dan bermacam lagi, ini kerana ayat tersebut lebih sesuai digunakan berbanding perkataan lapaq gila.


Gelaran

Gelaran atau panggilan merupakan salah satu daripada adab kita dalam berbasa kepada orang. Kita janganlah memanggil seseorang itu dengan gelaran atau panggilan yang tidak elok dan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain. Semasa membeli makanan di sebuah kedai makan saya melihat dua orang pelajar sedang duduk di meja makan dan mereka mungkin sedang menunggu rakan mereka yang lain untuk makan bersama. Sambil menunggu untuk membayar makanan yang saya ambil itu saya sempat mendengar dua orang pelajar ini berbual-bual dan mungkin mereka agak marah dengan rakan mereka yang lambat. Antara perbualan mereka yang dapat saya dengar ialah:
Pelajar 1 : hai manalah minah dua ekor ni, jnji pukul brapa…
Pelajar 2: tu la jnji mcam haram gi, tak tau ka orang tengah lapar ni.

Apa yang dapat dilihat melalui dialog di atas ialah pelajar satu menggelarkan dan memberikan penjodoh bilangan minah dua ekor kepada rakan mereka itu yang sepatutnya menggunakan dua orang bukan dua ekor. Disini saya dapat melihat bahawa dua orang pelajar tersebut tidak dapat menjaga budi bahasa mereka ketika berada di tempat awam, ini kerana saya rasa ramai yang dapat mendengar perbualan mereka itu.

Seminar Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini

Pada 5 Mac 2011 telah diadakan satu seminar iaitu Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini yang diadakan di Auditorium utama UPSI. Seminar seperti ini perlu diperbanyakkan lagi bagi meningkatkan pengetahuan para pelajar yang mungkin masih kurang pengetahuannya. Program ilmu seperti ini juga seharusnya diberikan sokongan oleh para pelajar kerana tanpa sokongan banyak pihak program ilmu seperti ini tidak dapat berjalan dengan lancarnya. Memalui seminar ini saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan dengan hukum tatabahasa serta pembinaan ayatnya. Banyak yang saya sangka betul sebelum ini jelasnya adalah salah sama sekali. Program seperti ini dapat memberikan banyak pengalaman dan lmu pengetahuan yang tidak ternilai buat diri saya serta rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Lirik lagu

Lirik lagu mai cek mai

mai cek oi mai cek mai
kita ke negeqhi Kedah
mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah c/0

naik kapai teqhebang
tuqhun kepala batayh
makan toksah bimbang
kami banyak beqhayh

ikut lebuhqhaya
teqhuih ke Kayu Hitam
jaga cek oi jaga
qheta meneqhu-neqhang
qheta meneqhu-meneqhang

mengkala mai kedah
singgah lah ke Pekan Qhabu
minum nira nipah
makan emping keqhabu

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

tengok sana sini
pembangunan seqhata negeqhi
ada mesin padi
ada kelang besi

melawak oqhang Kedah
jangan cepat teqhasa
toksah dok kesah
bekawan cepat meseqha 2x

ulangc/o

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu


Nyanyian lagu di atas adalah dalam loghat negeri kedah. Negara kita mempunyai banyak loghat yang menunjukkan identiti bagi penduduknya. Lagu ini juga mungkin menjadi kebangggaan rakyat negeri kedah kerana lagu ini memperjuangkan loghat negeri kedah. Setiap loghat negeri mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Terdapat banyak loghat negeri Kedah digunakan dalam lirik lagu ini seperti mai, qhumah, toksah, ayaq dan banyak lagi. Melaui lirik lagu ini juga kita dapat melihat banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Kedah yang dipaparkan melalui lirik lagu ini seperti Pulau Langkawi, Pekan Rabu, Bukit Kayu Hitam dan banyak lagi.

Kesilapan ejaan

Kesilapan ejaan tidak dapat dinafikan sering berlaku dalam penulisan di kalangan para pelajar mahupun bagi  individu tertentu. Tetapi kesilapan ejaan mestilah dielakkan jika perkara tersebut dapat menarik perhatian orang awam. Contohnya semasa berjalan-jalan di sekitar perpustakaan saya melihat satu poster yang tertulis “ Rombongan ke Puala Langkawi”. Perkataan Puala tersebut mungkin mengalami kesalahan ejaan kerana tempat tersebut tidak pernah ada dalam Negara kita melainkan “Pulau Langkawi”. Kesalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana pembaca mungkin akan tersalah faham mengenai destinasi yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut.



Pengaruh filem

Pengaruh filem atau drama sudah menjadi perkara biasa bagi bagi kebanyakan masyarakat kita. Kebanyakan individu akan terikut-ikut akan adegan atau perkataan-perkataan yang terdapat dalam drama atau filem yang mereka minati. Contohnya semasa mendengar ceramah ilmu di KHAR bersama ustaz Akhil Hayy sempena Pesta Buku dan Infomasi, beliau turut menggunakan perkataan-perkataan atau adegan yang terdapat dalam sebuah filem yang agak popular sekarang iaitu filem “ Hantu Kak Limah Balik Rumah” untuk menarik minat pelajar. Antara adegan yang terdapat dalam filem tersebut yang diikuti oleh beliau ialah seperti “ sape setuju sila angkat tangan macam saya” (sambil mengangkat tangan seperti adegan yang terdapat dalam filem tersebut)semasa menanyakan pendapat kepada para pelajar.